♥ Monday, January 4, 2010
Sejak Juice mula mengenali anime, Juice mula jatuh hati dengan anime yang bercorak romantik, humor dan berkisar tentang kehidupan sebenar. Juice kurang berminat dengan anime yang ganas, lucah dan berbaur terlalu fantasy. Recently Juice dapati anime bercorak masakan tau makanan makin diminati.
Ristorante Paradiso...

Sebuah anime yang berlatarbelakangkan bandar dan budaya Rome. Berkisar mengenai misteri sebuah restoran di lorong bandar Rome. Anime ini serba sedikit memaparkan bahasa, makanan dan budaya orang Rome. Agak historical.
Anime ini mengisahkan seorang remaja perempuan yang merantau hingga ke Rome untuk mencari ibu yang telah meninggalkannya dari kecil. kedatangannya tidak disenangi oleh ibunya sendiri lantaran suaminya tidak tahu dia mempunyai anak perempuan.
Namun Nicoletta berusaha menjernihkan hubungan mereka dengan menawarkan diri bekerja di restoran milik suami ibunya.
Restoran yang agak pelik!!! pelik kerana pekerjanya semua lelaki berusia yang memakai cermin mata. Ibu Nicoletta suka lelaki bercermin mata, sebab itu ia dijadikn syarat utama untuk pekerja di situ. Satu dedikasi seorang suami kepada ibu Nicoletta.
Anime ini lebih kepada kisah Nicoletta, kisah cinta dan konflik dengan ibunya. Selain itu every character have its own mystery. setiap episod akan terungkai misteri watak2 ini.

Juice amat tertarik dengan background yang ditonjolkan. Suasana lorong2 gelap di Rome, pneggunaan motosikal sebagai transport, suasana pasar basah orang Rome dan yang penting sekali seni makanan orang Rome tidak lengkap tanpa wine. Ditonjolkan juga kemahiran menilai jenis2 wine.
Secara keseluruhan anime ini sangat menarik dan relaks. Juice beri 4 bintang pada Ristorante Paradiso.
Sesebuah anime tetap menarik walaupun tanpa aksi2 pergaduhan yang kadang2 memeningkan. Anime yang relaks begini dapat menenangkan jiwa dan kita mudah jatuh hati dengan genre begini.
Selamat Menonton
Love this anime?Please comment
;7:08 PM